21 October 2010
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Pelbagai perbalahan berkenaan Perlembagaan Persekutuan yang timbul mutakhir ini adalah berpunca daripada pemahaman cetek terhadap asas-asas pembentukan perlembagaan tersebut.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi berkata, penerangan dan penjelasan kepada isu-isu yang berhubung kait dengan perlembagaan dan kedudukan Melayu amat penting untuk difahami semua.
Justeru tegasnya, ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menjadi penyedar kepada pelbagai isu yang seringkali menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan di kalangan rakyat.
"Dengan adanya penjelasan itu maka kita mendapat satu kesedaran bahawa kita tidak perlu hendak menimbulkan perkara-perkara untuk menakut-nakutkan atau memomok-momokkan rakyat.
"Ini kerana apa yang terkandung dalam Perlembagaan telah dimeteri dalam satu perjanjian melalui permuafakatan semua pemimpin pada masa itu. Ini yang kita perlu sedar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Najib pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Abdullah berkata, ucapan tersebut yang disampaikan dengan penuh semangat juga memberi keyakinan kepada orang Melayu untuk memajukan diri dan bangsa.
Menurutnya, mereka perlu menggunakan kekuatan mental dan minda dalam usaha membuktikan kredibiliti masing-masing
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1022&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive
Friday, May 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment