18 May 2011
KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 2 Ogos ini.
Pengerusi IKIM Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, pelantikan semula itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nik Mustapha, 58, lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan perniagaan dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat menyandang jawatan itu sejak Ogos 2009, dan merupakan Ketua Pengarah IKIM yang keempat.
"Pihak IKIM mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan semula itu dan berharap IKIM akan terus menggandakan usaha untuk meningkatkan kefahaman Islam baik di Malaysia mahupun di peringkat dunia,” kata Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
IKIM, yang ditubuhkan pada 18 Februari 1992, bertujuan mencerminkan kefahaman Islam yang tepat kepada orang ramai melalui pelbagai usaha, seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan, penerbitan dan siaran Radio IKIMfm. - Bernama
Friday, May 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment