16 February 2011
SHAH ALAM 16 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, dakwaan segelintir pihak kononnya Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di sini merekrut pelampau-pelampau Wahabi adalah satu andaian yang tidak baik.
Beliau berkata Mediu yang beroperasi di Plaza Masalam di sini bukan sahaja menawarkan pengajian agama tetapi dalam bidang lain seperti bahasa, teknologi komunikasi dan maklumat, pendidikan, sains kewangan, pengurusan serta kejuruteraan.
"Jangan terlalu cepat membuat andaian akhirnya merugikan kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat kampus Mediu di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan penulis blog tertentu kononnya universiti itu merekrut pelampau Wahabi.
Abdullah berkata beliau amat gembira dengan perkembangan Mediu yang kini mempunyai 3,000 pelajar daripada 90 bangsa di seluruh dunia sejak ia beroperasi pada tahun 2007 semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Rektor Mediu, Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi berkata pula, berkata Mediu turut menarik pelajar-pelajar dari luar Malaysia untuk mengikuti pengajian secara online sepenuhnya.
Mediu mempunyai pejabat dan pusat pembelajarannya di Madinah, Kaherah, Kuwait, London, Yogyakarta, Makassar, Bangkok, Singapura dan Maghribi. - Bernama
Friday, May 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment